Wednesday, April 1, 2020

TOPIK 6 : PENUTUP

Bismillahirahmanirahim, alhamdulliah, syukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

     Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pemilik GMT Group Trading, En. Muhamad Airul Guzairee bin Bani Yami, kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan industri di syarikatnya selama 5 bulan. Beliau selaku pengurus di syarikat ini telah menguruskan hal ehwal saya dengan baik semasa menjalani latihan industri di syarikatnya. Selain itu, En. Airul Guzairee senantiasa mengawas saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang penggunaan alatan terutama yang berkaitan dengan peralatan yang digunakan dan cara melakukan kerja dengan cara yang betul kerana saya tidak mahir.

     Begitu juga dengan pekerja-pekerja di bengkel senantiasa memberi kerjasama yang baik dan tunjuk ajar kepada saya. Saya selalu mengikuti mereka membuat kerja pemasangan di rumah klien. Pengalaman ini akan saya gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang.

     Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Latihan Industri dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani Latihan Industri. Setinggi-tinggi terima kasih kepada pensyarah Puan Nurul Izza kerana telah membantu dalam penyediaan laporan latihan industri. Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada pensyarah Puan Wan Majidah binti Tun Mamat selaku Pensyarah Pemantau yang telah datang melawat saya semasa menjalani Latihan Industri.

      Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya En. Esmadee bin Endut dan Pn. Hasiah binti Ali yang telah memberikan dorongan dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan menamatkan latihan industri selama 5 bulan.

     Sekian laporan saya, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

TOPIK 6 : PENUTUP

Bismillahirahmanirahim, alhamdulliah, syukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan ...