Wednesday, April 1, 2020

TOPIK 4 : BASIC WELDING


KIMPALAN ARKA LINDUNGAN LOGAM (SMAW).

Dalam proses kimpalan ini,dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elekrod bersalut bahan lakur digunakan sebagai bahan penambah. Apabila elektrod disentuhkan pada permukaan logam,arka akan wujud diantara hujung elektrod dengan logam. Bahan lakur bertindak sebagai gas pelindung ke atas kawasan mengimpal.

 KIMPALAN ARKA GAS TUNGSTEN (GTAW).

Dalam proses kimpalan ini dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elektrod tungsten digunakan dan bertindak sebagai tempat untuk mengujudkan arka. Rod penambah adalah sebagai bahan penambah pada kawasan kimpal. Gas argon digunakan untuk melindungi anduk (kolam) kimpal semasa proses kimpalan dijalankan.

KIMPALAN ARKA LOGAM GAS (GMAW).

Dalam proses kimpalan ini,dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal.dawai penambah bentuk gelungan dibekalkan dan apabila hujung dawai disentuhkan,ia akan mewujudkan arka. Gas karbon dioksida digunakan untuk melindungi anduh (batas) kimpal semasa proses kimpalan dijalankan.

KIMPALAN ARKA TENGGELAM (SAW)

Dalam proses ini dimana arus elektrik dibekalkan melalui mesin kimpal. Elektrod gunahabis digunakan dan bertindak sebagai bahan penambah. Bahan  lakberbutir yang lengkap menutupi tanggam dan kawasan kimpal. Proses kimpalan ini dikelaskan sebagai proses kimpalan automatik.



Kepelbagaian jenis sambungan kimpalan,disini terdapat beberapa jenis sambungan dan kimpalan yang disertakan pada rajah dibawah :












No comments:

Post a Comment

TOPIK 6 : PENUTUP

Bismillahirahmanirahim, alhamdulliah, syukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan ...