Friday, December 27, 2019

TOPIK 3 : PENGENALAN SYARIKAT

                Peraturan Keselamatan Melakukan Kerja Kimpalan


Pemakaian keselamatan kerja kimpalan


LANGKAH KESELAMATAN KETIKA MELAKUKAN KERJA KIMPALAN

  • Memakai alatan-alatan keselamatan seperti memakai cermin mata keselamatan, memakai sarung tangan, alat pelindung muka, penutup telinga dan sebagainya.
  • Tidak bergurau menggunakan alatan yang tajam dan panas ketika menjalankan tugas.
  • Tidak cuai ketika menjalankan tugas.
  • Memberikan kerjasama dengan rakan sekerja ketika menjalankan tugas.
  • Memberikan perhatian penuh ketika menjalankan tugas.


LANGKAH KESELAMATAN SETELAH SELESAI MELAKUKAN KERJA KIMPALAN

  • Menyimpan alatan-alatan tajam ditempat yang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan
  • Memastikan suis mesin untuk melakukan kerja kimpalan ditutup dengan baik.
  • Memastikan tempat yang melakukan kerja dibersihkan dengan baik seperti lantai tidak licin dengan tompokan minyak, alatan-alatan yang digunakan ditempatkan tempat yang asal, dan tidak berselerak.
  • Tempat alatan yang disimpan mestilah sesuai dengan keadaannya seperti tidak menyimpan alatan mudah terbakar ditempat yang berdekatan dengan bahan bakar.

0.1 Pengenalan

Kimpalan ialah mencantum dua kepingan logam sama ada dengan melebur atau tidak melebur dengan menggunakan haba. Kimpalan yang digunakan melebihi takat suhu lebur dan logam itu melebur dikenali kimpalan lebur. Kimpalan yang tidak melebihi takat suhu lebur, tetapi menghampiri hingga logam itu mula berfungsi sebagai plastik disebut kimpalan tidak lebur. Keluli lembut melebur pada suhu 1400C. Logam yang mempunyai takat lebur rendah boleh dikimpal dan dilebur pada suhu yang lebih rendah. Berikut adalah contoh suhu takat lebur nagi setiap keluli. Keluli 327C, aluminium 850C hingga 1000C, loyang 900C-1020C, gangsa 960C, perak 960C dan kuprum 1080C


Kimpalan Gas merupakan kimpalan yang menghasilkan tautan di mana bahan dipanaskan dengan menggunakan nyala api gas bahan api oksi dengan atau tanpa penggunaan tekanan atau dengan tanpa logam pengisi.




No comments:

Post a Comment

TOPIK 6 : PENUTUP

Bismillahirahmanirahim, alhamdulliah, syukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan ...